HADIAH DARI IBU TERSAYANG....
Hadiah sempena hari jadi tahun lepas....tp setiap ahli dlm keluarga aku pon ade buku ni sebenarnye..heheh....nk update psl buku ni tp baru hari ni dpt update...hehehehe....buku ini mmg sgt2 berguna..so aku nk berkongsi sikit la pasal buku ni ngan korg....bermcm info ade dlm buku ni.....thanks sgt2 kt mak bg buku ni...n buku ni sesuai utk rujukan...hope korg pon patut ade 1 buku ni utk bacaan...di bawah sedikit sebanyak info pasal buku ni..
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merangkumi panduan utk diri sendiri(fardhu ain),seisi keluarga,masyarakat dan umat sejagat(fardhu kifayah).Ia merangkumi syariat ketika kelahiran,fardhu ain kanak2,penekanan pendidikan remaja,hukum hakam muamalat(jual beli),munakahat(nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir,doa dan adab.Semua ilmu bersumberkan al- Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dlm bentuk carta,jadual dan rajah.Semua doa,bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dgn mudah.Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step.Media fotografi warna penuh digunakan utk menunjukkan perkara yang realistik.
Sedikit info mengenai penulis:
Al - Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Dilahirkan pada 2 Dis 1948 di Kg Batang Pinang,Ulu Selangor.Beliau mendapat pendidikan awal di Sek Arab Batang Kali selama 6 tahun sebelum ke Mahad Hishamuddin,Kelang dimana beliau berguru dgn seorg ulama tersohor,al-Sheikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.Beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej ISlam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dimana beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada thun 1976.Beliau pernah menjadi guru,pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas 15 tahun di JAbatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),INTAN dan Pusat Islam.Jawatan terakhir beliau sebagai pakar rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam(BAHES) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.Beliau juga bekas ADUN Gombak Setia.Kini perunding motivasi dan pendakwah bebas di samping menjadi ahli perniagaan dan pengamal perubatan Islam Darus Salam.
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Dilahirkan di Kedah pada tahun 1981.Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Meneruskan pengajian dengan Ijazah Sarjana(MA) dalam bahasa arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Beliau sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di Universiti Malaya.Kini menjawat jawatan pensyarah di Pusat Matrikulasi,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment